My Add

Thursday, 16 August 2012

Abang ipar mangsa rogol, bunuh ditahan

SHAH ALAM, KHAMIS, 16 Ogos, 2012: Polis menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes rogol dan bunuh seorang pekerja kilang, Sabturiah Faisal di sebuah flat di Taming Jaya dekat Balakong pada Isnin lalu.

Suspek yang berusia 26 tahun merupakan abang ipar kepada mangsa ditahan kira-kira pukul 2 petang berdekatan Jalan Semenyih, Kajang semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, suspek yang merupakan lelaki tempatan ditahan bagi membantu siasatan kes itu berdasarkan keterangan yang diambil daripada saksi.

“Siasatan polis mendapati suspek bekerja di kilang yang sama dengan mangsa," katanya pada sidang akhbar di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor hari ini.

Dalam kejadian 13 Ogos lalu, mangsa yang berasal dari Kampung Merotai Besar, Tawau, Sabah ditemui dalam rumah dengan kesan lebam di leher, perut dan tangan kanan mangsa.

Polis turut menemui kesan tompokan air mani di bilik mangsa dan mangsa dipercayai turut dirogol oleh individu yang dikenalinya.

Menurut Tun Hisan, kes itu masih disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment

Post a Comment