My Add

Thursday 16 August 2012

UDA Mall tiada kaitan dengan laman web

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 16 Ogos, 2012: Pengurus terminal pengangkutan bas Pudu Sentral, Uda Mall Sdn Bhd hari ini menjelaskan bahawa ia tidak memiliki kepentingan dalam laman web www.pudusentral.com.my.

Dalam satu kenyataan hari ini, Uda Mall menjelaskan bahawa ia tidak akan bertanggungjawab sama sekali dalam penggunaan laman web itu ataupun mana-mana laman web yang lain ketika ini.

Sehubungan itu, Uda Mall yang juga anak syarikat Uda Holdings Bhd berkata sebarang penggunaan laman web berkenaan adalah tanggungjawab pengguna sendiri. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment