My Add

Tuesday 7 August 2012

Amri, Bunyamin digantung 3 perlawanan, denda RM1,500

PETALING JAYA, SELASA, 07 Ogos, 2012: Dua pemain Selangor iaitu kapten pasukan, Mohd Amri Yahyah dan pemain tengah, Mohd Bunyamin Umar dikenakan penggantungan sebanyak tiga perlawanan selain didenda sebanyak RM1,500 oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Mereka didapati bersalah oleh Jawatankuasa Disiplin FAM di bawah Kod 2.4 Tataetika FAM 2012 kerana mengasari penyerang Kelantan dari Libya, Mohammed Ghaddar Mahmoud pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu pada 29 Jun lalu yang menyaksikan pasukan tuan rumah mencatatkan kemenangan tipis 1-0. 

Pengerusi jawatankuasa berkenaan, Datuk Taufik Abdul Razak, berkata hukuman tersebut dijatuhkan selepas mereka meneliti video rakaman perlawanan tersebut selain mendapatkan keterangan daripada beberapa saksi termasuk pengadil perlawanan, Mohd Jefferi Zolkifli.

"Hukuman itu akan berjalan bermula pada aksi Piala Malaysia (22 Ogos ini) dan hukuman tersebut tidak boleh dirayu kerana ia adalah hukumanan minimum yang dikenakan oleh pihak jawatankuasa.

"Kita bagaimanapun mempunyai hak untuk mengenakan hukuman berat kepada kedua-dua pemain berdasarkan bidang kuasa yang diperuntukkan kepada kita," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa tersebut selama hampir dua jam di Wisma FAM di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment