My Add

Saturday 11 August 2012

Bank perlu lindungi maklumat pelanggan

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 10 Ogos, 2012: Pihak bank tidak sesekali dibenarkan berkongsi maklumat peribadi pelanggan mereka terutama bersifat sulit dan persendirian demi menjaga nama baik institusi kewangan itu.

Pengarah Urusan SME Bank, Datuk Mohd. Radzif Mohd. Yunus (gambar) berkata, justeru, pihak bank diingatkan supaya tidak sesekali memandang ringan butiran peribadi pelanggan masing-masing demi memastikan tiada kebocoran maklumat.

Jika berlaku kebocoran maklumat pelanggan bank kepada pihak ketiga atas kesalahan bank itu sendiri, katanya, ia pasti mengakibatkan nama dan imej institusi kewangan tersebut tercemar serta dipersoalkan.

"Ia pasti menyebabkan integriti dan imej bank itu jatuh dan tercemar serta tidak dipercayai pelanggan pada masa depan.

"Integriti maklumat peribadi pelanggan merupakan kunci dalam urusan perniagaan bank yang perlu dipertahankan dan tidak harus sesekali dibocorkan kepada pihak ketiga," katanya ketika dihubungi hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment