My Add

Saturday 11 August 2012

Tingkat pengurusan risiko

Oleh NORAILLI ABD. RAHMAN
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 10 Ogos, 2012: Exim Bank Malaysia Bhd. (Exim Bank) menandatangani Perjanjian Bantuan Teknikal (TA) dengan Bank Pembanguan Asia (ADB) bagi membolehkan ia meningkatkan kapasiti setaraf amalan antarabangsa terutama dalam bidang pengurusan risiko dan analisis risiko projek.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Adissadikin Ali, Exim Bank bakal mendapat bantuan teknikal daripada ADB yang mempunyai kepakaran dalam membuat pernilaian pembiayaan selain keupayaan memahami risiko-risiko pasaran.

"Kami menyediakan pembiayaan kepada syarikat-syarikat Malaysia yang mempunyai projek di rantau Asia.

"Namun disebabkan faktor risiko pasaran dan kredit berikutan perbezaan undang-undang dan sebagainya, kami memerlukan ADB yang lebih berpengalaman di rantau ini untuk memberi bimbingan kepada kami," katanya pada sidang akhbar selepas menandatangani perjanjian tersebut di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment