Anugerah itu disampaikan oleh Pengarah Jabatan Perbankan Islam dan Takaful Bank Negara Malaysia, Wan Mohd Nazri Wan Osman kepada Pemangku Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Yusof Abdul Rahman pada majlis iftar anjuran AIBIM semalam.
Penganugerahan itu mengesahkan pengiktirafan yang turut diterima oleh Bank Rakyat daripada The Banker dalam Laporan 500 Institusi Kewangan Islam Terkemuka 2011 dan The Asian Banker melalui Kedudukan Bank Islam Global pada November 2011.
Bank Rakyat adalah Institusi Pembangunan Kewangan (DFI) pertama di Malaysia yang melaksanakan perbankan Islam sepenuhnya sejak 2003.
Bank itu adalah bank koperasi terbesar dengan memiliki aset RM72.48 bilion pada akhir 2011. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment