My Add

Saturday 11 August 2012

Bapa bawa pulang anak gadis dilarikan kekasih

JAKARTA, SABTU, 11 Ogos, 2012: Seorang bapa dari Malaysia dengan penuh rasa syukur hari ini membawa pulang anak gadisnya yang baru berusia 15 tahun yang terpisah selama tiga bulan apabila dilarikan seorang pemuda ke sebuah kampung di Pulau Flores, Nusa Tenggara Timur (NTT) Indonesia.

Pada 9 Mei lalu, pemuda bernama Sukri, seorang pekerja Indonesia berusia 23 tahun, melarikan gadis itu dari asrama Sekolah Menengah Vokasional Keningau, Sabah.

Pasangan kekasih itu menempuh perjalanan lebih sebulan sebelum sampai ke kampung Geliting, Maumere, Flores di mana mereka berdua menetap.

Bapa gadis itu yang bersetuju diwawancara oleh wartawan Malaysia di Kedutaan Besar Malaysia Jakarta dengan syarat identiti mereka tidak didedahkan bagi melindungi anaknya yang masih bawah umur berharap, pengalaman pahit yang beliau lalui itu tidak berulang kepada ibu bapa lain di Malaysia.

Abdullah (bukan nama sebenar), yang masih tertekan dengan peristiwa menimpa anaknya itu, menceritakan beliau amat terkejut apabila pertama kali mendapat tahu anaknya Adrianna (bukan nama sebenar) hilang dari asrama Sekolah Menengah Vokasional Keningau, apabila dihubungi seorang guru kelas selepas dua hari anaknya menghilang. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment