My Add

Thursday 16 August 2012

Bayi melecur dalam kebakaran flat

Oleh ANI AWANG
BUTTERWORTH, RABU, 15 Ogos, 2012: Seorang bayi lelaki berusia enam bulan yang sedang tidur dalam buaian melecur hampir 70 peratus apabila rumah keluarganya di Flat Mak Mandin di sini terbakar pagi ini.

Y. Meysshvin ditinggalkan oleh pengasuhnya yang pergi membeli barang di tingkat bawah flat itu sebelum berlaku kebakaran di rumah itu, dipercayai berpunca daripada peralatan upacara sembahyang yang terjatuh.

Dalam kejadian yang berlaku pukul 10.36 pagi itu, mangsa melecur 70 peratus di muka dan badan namun berjaya diselamatkan jirannya setelah terdengar tangisan bayi itu.

Pengasuh bayi tersebut, G. Sarojah, 48, berkata, ketika kejadian bayi yang dijaga itu sedang tidur dalam buaian di rumahnya di tingkat empat flat.

"Saya tinggalkan bayi itu untuk pergi ke pasar di bawah. Sebaik sahaja pulang, saya dapati rumah itu terbakar," katanya ketika ditemui di Hospital Seberang Jaya hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment