My Add

Thursday 16 August 2012

Ditangkap selepas tiga kali merompak

KLUANG, RABU, 15 Ogos, 2012: Setelah tiga kali memecah masuk rumah di kawasan kejiranan di Taman Intan di sini dan melarikan pelbagai barangan dianggarkan bernilai RM30,000, seorang lelaki akhirnya menerima padah apabila ditahan polis kelmarin.

Hasil risikan dan maklumat awam, lelaki berusia 39 tahun itu ditahan kira-kira pukul 3 pagi di kediamannya di taman perumahan yang sama bagaimanapun polis masih memburu tiga lagi rakan suspek dan mereka dipercayai terlibat dalam sekurang-kurangnya tujuh kes pecah rumah di daerah ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd. Ali berkata, hasil pemeriksaan ke atas kediaman suspek menemui pelbagai barangan yang dicuri daripada sebuah rumah yang sudah tiga kali dipecah masuk oleh suspek.

"Antara barang yang dirampas adalah perabot, peralatan untuk sembahyang, peralatan pecah rumah, televisyen, komputer riba dan pemain video cakera padat (VCD) dan cakera padat digital (DVD)," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment