My Add

Sunday 19 August 2012

Beraya di rumah baru



*NUR Shazwanie dan Nur Shazrinie Zulkifli di Bukit Kuang, Kuala Terengganu, semalam.

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI 
KEMAMAN, SABTU, 18 Ogos, 2012: Sambutan Aidilfitri keluarga pasangan kembar Siam, Norshazwanie dan Norshazrinie Zulkifli yang lahir pada 22 September tahun lalu lebih bermakna kali ini apabila dapat meraikannya di rumah baru.

Pasangan kembar yang berusia 11 bulan itu, telah dibenarkan pulang pada 27 Februari lalu setelah lima bulan ditempatkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Sebelum ini, ibu bapa mereka mengalami kesukaran untuk membawa pulang kedua-duanya ekoran rumah yang diduduki tidak menepati kriteria pihak hospital selain tidak sesuai serta selesa bagi menempatkan kembar Siam yang disahkan berkongsi jantung tersebut.

Bagaimanapun, Aidilfitri kali ini membawa rahmat buat mereka sekeluarga apabila dapat menyambut perayaan itu di rumah baru mereka bernilai RM33,000 hasil sumbangan kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) di penempatan rumah murah Bukit Kuang dekat sini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment