My Add

Sunday 19 August 2012

Jari kanak-kanak putus tersepit eskalator

PULAU PINANG, SABTU, SABTU, 18 Ogos, 2012: Dalam kemeriahan umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri esok, seorang kanak-kanak di sini ditimpa malang apabila satu jarinya putus manakala dua lagi patah akibat tersepit eskalator.

Kejadian kira-kira pukul 9.15 malam di sebuah pusat beli-belah itu berlaku ketika kanak-kanak tersebut bersama keluarganya mahu menuruni eskalator dari tingkat tiga.

Mangsa, Al-Aqif Zulkifli, 18 bulan, dipercayai hilang imbangan badan lalu terjatuh menyebabkan jari telunjuk, jari hantu dan jari kelingkingnya tersepit pada celah tangga eskalator.

Bapa mangsa, Zulkifli Osman, 52, berkata, mereka sekeluarga panik apabila melihat Al-Aqif terjatuh dan meraung kesakitan.

"Saya dan isteri terus meluru untuk menyelamatkannya,'' katanya di sini hari ini.

Keadaan terkawal apabila orang ramai yang berada berhampiran segera menutup suis eskalator. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment