My Add

Tuesday 7 August 2012

Berjaya Books dapat tangguh sementara tindakan Jawi

PUTRAJAYA, ISNIN, 06 Ogos, 2012: Pemilik kedai buku Borders, Berjaya Books Sdn. Bhd., dan dua yang lain mendapat perintah Mahkamah Rayuan hari ini bagi penangguhan sementara daripada tindakan lanjut oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berhubung rampasan buku kontroversi karya Irshad Manji daripada sebuah kedainya.

Perintah penangguhan sementara itu diputuskan sebulat suara oleh panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Abdul Malik Ishak sehingga Mahkamah Rayuan memutuskan rayuan Berjaya Books dan dua lagi pemohon terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tidak memberikan perintah penangguhan itu kepada mereka.

Hakim Abdul Malik juga memerintahkan kesemua pemohon supaya segera menyediakan rekod rayuan untuk mendapatkan tarikh awal bagi pendengaran rayuan mereka.

Dua lagi anggota panel hakim itu ialah Datuk Azahar Mohamed dan Datuk Balia Yusof Wahi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment