My Add

Tuesday 7 August 2012

Mohon hukuman ditangguh dibenarkan

PUTRAJAYA, ISNIN, 06 Ogos, 2012: Mahkamah Tinggi Syariah hari ini membenarkan permohonan ketua kumpulan ajaran sesat, Abdul Rajab Ahmad untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman atas kesalahan terlibat dalam pengembangan ajaran yang memesongkan akidah.

Hakim Syarie, Azeeman Omar membenarkan pelaksanaan hukuman penjara 10 tahun, denda RM25,000 dan sebatan enam kali terhadap Abdul Rajab, 52, ditangguhkan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan Syariah yang akan ditentukan pada satu tarikh lain.

Mahkamah turut membenarkan permohonan enam pengikutnya, Fazilah Md. Salleh, 39, Rodiah Yahya, 68, Rahayu Abd. Hamid, 39, Abd. Hamid Lateh, 45, Amirul Syafiq Rusydan Abd. Hamid, 19, dan Hakimah Abd. Samah, 47, agar denda RM10,000 dan sebatan enam kali atas kesalahan yang sama, ditangguhkan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment