My Add

Friday 10 August 2012

DAP konsisten dengan pendirian tolak negara Islam

PULAU PINANG, KHAMIS, 09 Ogos, 2012: DAP tidak akan berganjak dan terus konsisten dengan pendiriannya menentang penubuhan negara Islam kerana ia merupakan asas perjuangan parti itu.

Bekas ahlinya, Mohamed Razali Abdul Rahman berkata, parti berkenaan akan memastikan undang-undang Islam tidak dilaksanakan di negara ini dan Perlembagaan tidak diubah untuk tujuan tersebut.

Justeru, beliau yang pernah berjuang bersama DAP selama tujuh tahun menegaskan, amat mustahil untuk Pas melaksanakan hukum hudud selagi masih bergabung dengan DAP.

"Pas mungkin dalam keadaan tertekan dan mahu melaksanakan hudud semata-mata hendak mendapat sokongan pengundi.

"Tapi saya ingatkan kepada Pas jangan bermimpi di siang hari selagi masih bersama DAP," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment