My Add

Friday 10 August 2012

Dewan Ulama Pas Terengganu berdolak-dalik

KUALA TERENGGANU, KHAMIS, 09 Ogos, 2012: Pas masih berdolak-dalik berhubung isu berdosa dan haram jika umat Islam mengundi parti yang jelas menolak hukum hudud pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Abu Bakar Abdullah berkata, dalam kehidupan hari ini, bukan sahaja orang bukan Islam yang sejak awal lagi menentang hukum Allah, malahan umat Islam sendiri turut melakukan perbuatan serupa.

"Ini jelas, sesiapa sahaja yang melanggar hukum Allah, tak kira sama ada bukan Islam, malah orang Islam sendiri ada yang menolak hukum Allah, ini tak boleh dan berdosa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas pendapat para ulama serta tokoh agama bahawa umat Islam dilarang menyokong golongan atau parti bukan Islam yang tidak menerima pemerintahan Islam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment