My Add

Friday 10 August 2012

DAP satu ancaman kepada umat Islam

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 09 Ogos, 2012: DAP boleh menjadi satu ancaman kepada umat Islam di negara ini kerana pemimpinnya secara terang-terangan menolak pemerintahan Islam.

Penasihat Madrasah Bab al-Khausar, Shahbudin Embun berkata, sehubungan itu, umat Islam wajar menolak sepenuhnya parti itu kerana ia bukan sahaja mengancam malah, boleh dianggap musuh kepada umat Islam.

"Parti itu perlu ditolak secara total. Kita tidak boleh berkompromi kerana apabila dikaji dasar perjuangannya iaitu Malaysian Malaysia, mereka mahukan negara sekular yang non-Islamik.

"Maka, kita umat Islam tidak boleh menyokong parti seperti itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan beberapa tokoh agama mengenai hukum orang Islam menyokong parti bukan Islam yang secara terang-terangan menyatakan tentangan terhadap penubuhan negara Islam dan hukum hudud. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment