My Add

Friday 10 August 2012

Mengapa beli tanah ada kaveat?

Oleh HUSSAINI AMRAN
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 09 Ogos, 2012: Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor diminta menjelaskan mengapa sebahagian besar tanah yang dibeli daripada Talam Corporation Berhad (Talam) masih mempunyai kaveat pendaftar dan kaveat persendirian.

Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong berkata, sebagai contoh, tanah di Danau Putra mempunyai lebih daripada 100 kaveat.

Menurut beliau, pencarian tanah yang dilakukan baru-baru ini menunjukkan kepentingan tanah itu hanya dilindungi dengan satu kaveat yang dibuat oleh kerajaan PKR Selangor manakala kebanyakan tanah itu masih digadai kepada pihak bank.

"Kaveat membolehkan pihak-pihak berkepentingan untuk menuntut hak milik tanah itu. Lebih banyak kaveat, lebih banyak pihak yang berhak ke atas tanah itu," tegasnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment