My Add

Friday 10 August 2012

Diskaun, rebat tol di 24 lebuh ray a sempena Aidilfitri

pix_gal0
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 10 Ogos, 2012:: Sempena Aidilfitri, 24 lebuh raya di seluruh negara bersetuju memberi diskaun dan rebat tol antara 10 hingga 37.5 peratus selama empat hari secara berperingkat mulai 15 hingga 23 Ogos.

Menteri Kerja Raja, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor, di sini sebentar tadi berkata, diskaun dan rebat tol itu adalah kadar tertinggi yang pernah diberikan sebelum ini.

Mengenai had laju, beliau berkata semua Jalan Persekutuan had laju diturunkan daripada 90 kilometer sejam (km/j) kepada 80 km/j mulai 12 hingga 26 Ogos.

Bagi melicinkan lalu lintas, semua kerja penyelenggaraan Jalan Persekutuan dan lebuh raya dihentikan sementara.

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan, dua lebuh raya menawarkan tol percuma dan 22 lagi memberi diskaun dan rebat antara 10 hingga 30 peratus. - BH

No comments:

Post a Comment