My Add

Friday 10 August 2012

KTM Intercity sektor pantai timur beroperasi semula

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 10 Ogos, 2012: Perkhidmatan KTM Intercity sektor pantai timur yang terjejas akibat kegelinciran tren penumpang antara Gemas dan Bahau, Negeri Sembilan semalam, dijangka beroperasi seperti biasa jam 3 petang ini.

Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTM Bhd) menerusi satu kenyataan hari ini, berkata sehingga jam 10 pagi tadi, gerabak tren penumpang itu sedang dialihkan dan kerja membaik pulih landasan giat dilaksana. 

Perkhidmatan tren yang terjejas ialah Malayan Tiger Train No 19 (Tumpat-JB Sentral) yang ditamatkan di Stesen Triang manakala Ekpres Senandung Timuran No 27 (Tumpat-Woodlands) dan Ekpres Senandung Wau No 29 (Tumpat-KL Sentral) masing-masing ditamatkan di Stesen Bahau.

Ekpres Senandung Wau No 28 (KL Sentral-Tumpat) dan Ekpres Senandung Timuran No 26 (Woodlands-Tumpat) pula masing-masing ditamatkan di Stesen Gemas.

Tiga perkhidmatan yang dibatalkan ialah Ekpres Sinaran Timur No 14 (Woodlands-Tumpat), Shuttle No 91 (Kuala Lipis-Woodlands) dan Shuttle No 92 (Woodlands-Kuala Lipis).

Menurut KTM Berhad, pelanggan boleh mendapatkan pemulangan tambang penuh untuk perkhidmatan yang dibatalkan atau menukar tarikh perjalanan mereka.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh hubungi talian KTMB Care Line di 1-300-88-5862. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment