My Add

Tuesday 14 August 2012

Diskaun tol 20 peratus bagi pengguna lebuh raya PROLINTAS

KUALA LUMPUR, SELASA, 14 Ogos, 2012: Pengguna Lebuh Raya Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) akan menikmati kadar diskaun tol sebanyak 20 peratus sempena sambutan perayaan Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan tahun ini.


Tiga lebuh raya terbabit ialah Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA).

Menurut kenyataan PROLINTAS hari ini, diskaun sempena perayaan Aidilfitri akan diberi bermula 6 pagi pada 19 Ogos sehingga 6 pagi 20 Ogos, manakala bagi sambutan kemerdekaan, kadar pengurangan tol bermula 6 pagi pada 31 Ogos sehingga 6 pagi keesokan harinya. - BERNAMA


No comments:

Post a Comment