My Add

Tuesday 7 August 2012

Dua kumpulan samseng bergaduh

Oleh HAMDAN TAWADI
KLUANG, ISNIN, 06 Ogos, 2012: Pergaduhan antara dua kumpulan samseng dikenali sebagai Kaw Lak Kaw dan Jin Ngee Thong yang berpunca daripada perebutan kawasan mengakibatkan seorang anggota salah satu geng itu cedera parah akibat diserang sekumpulan 40 lelaki, kelmarin.

Dalam kejadian di Taman Suria di sini pukul 11 malam itu, mangsa berusia 28 tahun terpaksa menerima 10 jahitan di kepala akibat ditetak dan dipukul dengan parang panjang, rotan, kayu snuker, kayu beluti dan pisau.

Mangsa yang merupakan ahli kumpulan Kaw Lak Kaw sebelum ini dikatakan mempunyai hubungan baik dengan ahli Jin Ngee Thong tetapi berselisih faham akibat perebutan kawasan selain enggan menyertai kumpulan terbabit.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd. Ali berkata, polis menahan suspek berusia 34 tahun yang merupakan pengurus sebuah pusat hiburan di sini dan seorang lagi berumur 16 tahun yang tidak lagi bersekolah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment