My Add

Monday 20 August 2012

Ekonomi suku ketiga, keempat negara dijangka terus meningkat

IPOH, ISNIN, 20 Ogos, 2012; Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dijangka terus mencatatkan pertumbuhan positif pada suku ketiga dan keempat tahun ini ekoran peningkatan pengeluaran minyak mentah termasuk pelaburan swasta.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, kekuatan dalaman yang dimiliki Malaysia itu juga dilihat mampu memperteguhkan pertumbuhan ekonomi negara biarpun perkembangannya turut dipengaruhi oleh persekitaran global.

Beliau berkata, kedudukan ekonomi negara turut berada dalam keadaan stabil memandangkan eksport Malaysia ke lima negara Eropah yang berdepan krisis ekonomi seperti Greece, Ireland, Itali, Portugal dan Sepanyol adalah rendah iaitu hanya melibatkan 1.5 peratus.

"Kita tidak boleh jangka kedudukan KDNK pada suku ketiga dan keempat, tetapi saya rasa positif kerana kita mempunyai pelaburan swasta yang meningkat," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di Kampung Sungai Rokam di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment