My Add

Sunday 26 August 2012

Etnik Rohingya bersesak di Karachi


*F0T0 yang diambil pada 12 Jun menunjukkan penduduk Islam Rohingya melarikan diri dengan membawa barangan mereka ekoran keganasan di Rakhine. - AFP

ISLAMABAD, SABTU, 25 Ogos, 2012: Lebih 200,000 etnik Rohingya kini tinggal di kawasan setinggan di Karachi, lapor stesen televisyen Press TV.

Press TV berkata, mereka ke Karachi bagi menyelamatkan diri daripada konflik agama dan etnik di Rakhine, barat Myanmar yang bermula sejak Jun lalu.

Menurut laporan, beribu-ribu etnik Rohingya beragama Islam kini tinggal dalam keadaan yang menyedihkan di kem-kem pelarian selepas pasukan keselamatan kerajaan dan kumpulan ekstremis Buddha mula menyerang tempat tinggal mereka pada 10 Ogos lalu.

Dalam pada itu, Pasukan Palang Merah Indonesia hari ini menghantar satu pasukan bantuan ke Rakhine.

Pasukan terdiri daripada lapan anggota tersebut berlepas dengan pesawat tentera di pangkalan udara di Jakarta pagi ini.

Mereka membawa kit peralatan kebersihan, 3,000 helai selimut dan 10,000 kain sarung dalam misi pertama mereka.

''Ini adalah sebahagian daripada perjanjian antara Presiden Myanmar dan Palang Merah Indonesia.

''Kami jangka pasukan ini akan berada di sana selama setahun tetapi ia bergantung kepada penyelarasan antara kerajaan di sana dan pasukan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah,'' kata Ketua Palang Merah Indonesia, Jusuf Kalla.

Konflik di Rakhine menyebabkan kira-kira 80 orang maut, berdasarkan data rasmi yang dilihat oleh kumpulan hak asasi bahawa jumlah tersebut dikurangkan. - AGENSI/AFP

No comments:

Post a Comment