My Add

Sunday 26 August 2012

Pantau syarikat telekomunikasi

KUALA LUMPUR, 25 Ogos, 2012: Kerajaan diminta memantau syarikat pengendali telekomunikasi yang mengenakan pelbagai kos perkhidmatan tersembunyi sehingga membebankan pemilik telefon bimbit.

Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata pengguna juga perlu diberikan kefahaman yang jelas mengenai pakej langganan bagi mengelak tertipu atau melanggan perkhidmatan tanpa keperluan.
Laksana program CSR

Sehubungan itu, katanya, sudah tiba masanya syarikat pengendali telekomunikasi melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk mendidik pengguna supaya menggunakan perkhidmatan mereka secara berhemah.

“Kita tidak mahu minat keterlaluan atau keghairahan pengguna memilih pelbagai pakej ditawarkan menjadi punca pengguna terjebak masalah hutang, termasuk penggunaan kad kredit yang berlebihan,” katanya.

Muka depan BH semalam melaporkan rakyat Malaysia membelanjakan RM2.6 bilion sebulan untuk membayar bil telefon bimbit dengan setiap penggunaan pascabayar secara purata membayar RM150, manakala prabayar sebanyak RM50.

Laporan turut menyebut jumlah bayaran bil berkenaan berdasarkan statistik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sehingga April lalu yang merekodkan 37.02 juta langganan perkhidmatan itu, 7.1 juta pengguna pascabayar, manakala 29.9 juta lagi prabayar. 

Mohd Yusof berkata, pembaziran berlaku jika pengguna tidak bijak merancang perbelanjaan dan terpaksa membayar kos perkhidmatan yang tidak perlu. - BH

No comments:

Post a Comment