My Add

Friday 17 August 2012

Freemason: Perkasa tuntut penjelasan Anwar

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 16 Ogos, 2012: Presiden Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali menuntut penjelasan lebih terperinci daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kaitan seorang individu bernama Anwar Ibrahim dalam organisasi Yahudi antarabangsa, Freemason.

Menurut Ibrahim, jawapan Anwar menerusi laman Twitternya dengan menganggap tuntutan penjelasan beliau sebelum ini berhubung perkara tersebut sebagai satu fitnah di akhir Ramadan adalah terlalu lemah dan tidak menyakinkan, kerana ketua pembangkang itu tidak membuat penafian secara jelas.

"Saya tidak menuduh beliau terlibat dalam gerakan Freemason itu tetapi hanya menuntut penjelasan bagaimana individu bernama Anwar Ibrahim boleh menyandang jawatan penting dalam gerakan zionis tersebut. Anwar kena ingat, beliau seorang ketua pembangkang, jadi adalah penting beliau memberi penjelasan," tegasnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment