My Add

Wednesday 8 August 2012

Geng 'Hassan Budu' tumpas


*ZAKARIA Pagan (dua dari kiri) menunjukkan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero yang dirampas pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, Kuala Lumpur, semalam.

Oleh AZRAI MOHAMMAD
KUALA LUMPUR, SELASA, 07 Ogos, 2012: Polis menumpaskan satu sindiket curi kenderaan diketuai penjenayah yang sangat dikehendaki, 'Hassan Budu' yang aktif di sekitar Lembah Klang sejak awal tahun ini dengan penahanan 13 individu termasuk dua wanita dalam serbuan di Pahang, Terengganu dan Kelantan, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, tangkapan pertama membabitkan sepasang kekasih berusia 30 dan 34 tahun ketika mereka cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis berhampiran Bulatan Kepong di sini Rabu lalu.

"Semasa ditahan, mereka bertindak melarikan diri dan polis mengejar mereka. Bagaimanapun pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero yang dinaiki mereka terbabas mengakibatkan tiga tayarnya pecah berhampiran Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Segambut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment