My Add

Friday 10 August 2012

Hampir 6,000 mohon penyertaan dalam CAEXPO

BEIJING, JUMAAT, 10 Ogos, 2012: Kira-kira 5,703 syarikat China dan antarabangsa memohon untuk mendapatkan gerai di Ekspo China-ASEAN (CAEXPO), kata timbalan pengerusi bersama dan ketua setiausaha Jawatankuasa Penganjuran CAEXPO, Lan Tianli.

Lebih 26.8 peratus daripada gerai ini sudah diperuntukkan, katanya.
Lan berkata, beliau juga menjangkakan bilangan ketua daripada China dan ASEAN akan sama dengan yang dilihat pada CAEXPO sebelum ini, yang menyaksikan penyertaan 42 pemimpin China dan ASEAN.

Beliau berkata, antara acara yang akan diadakan pada 21-25 September di Naning di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang adalah Pameran Coffee Asean, program padanan projek dan aktiviti promosi pelaburan.

Katanya, enam syarikat ASEAN sudah menempah dewan pameran sebagai pavilion komoditi mereka iaitu Malaysia, Indonesia, Laos, Myanmar, Thailand dan Vietnam.

Myanmar yang menjadi Negara Kehormat pameran ini, turut akan mengadakan beberapa program.

Sementara itu, timbalan pengerusi jawatankuasa itu, Gao Hucheng berkata sehingga 30 Jun 2012, pelaburan dua hala antara China dan ASEAN mencecah AS$93 bilion (kira-kira RM289.9 bilion). 

Dari Januari hingga Jun tahun ini, dagangan dua hala antara China dan negara ASEAN mencecah AS$187.82 bilion (kira-kira RM585.48 bilion), satu peningkatan 9.8 peratus tahun ke tahun. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment