My Add

Saturday 18 August 2012

Hudud: Hanya gimik politik Mahathir, kata Pas

SHAH ALAM, SABTU, 18 Ogos, 2012: Pas menyindir bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan "gimik politik" sedangkan beliau sendiri telah menghalang parti itu daripada melaksanakan hukum hudud di Kelantan dan Terengganu.

Selain mendakwa Dr Mahathir tiada autoriti kerana bukan lagi Perdana Menteri, kenyataan dibuat oleh beliau kelmarin memperlihatkan ketidakikhlasannya, kata Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada Sinar Harian Online.

"Beliau tidak ada autoriti kerana beliau bukan Perdana Menteri lagi. Apa yang beliau kata hanya pandangan peribadi, idea beliau sahaja... bukan keputusan Perdana Menteri, bukan keputusan Kabinet," kata beliau sambil merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri tidak memperlihatkan pendiriannya dalam isu pelaksanaan hukum hudud.

"Sedangkan semasa beliau jadi Perdana Menteri, Dr Mahathir sendiri telah menghantar surat menggugut Pas yang memerintah Kerajaan Negeri Kelantan daripada melaksanakan hukum hudud, semasa memerintah Terengganu, mereka halang lagi," kata beliau.

Justeru katanaya, "mengapa tiba-tiba mengajak kami, Pas menyertai Umno untuk melaksanakan hukum hudud?"

Sehubungan itu, katanya, perkembangan terbaru ini hanya satu lagi gimik politik Dr Mahathir untuk menarik sokongan pengundi-pengundi atas pagar dengan melabel kononnya Pas tidak mahu kerjasama dengan UMNO.

"Itu sahaja. Ini gimik menjelang pilihan raya. (Dr Mahathir) Dia tidak ikhlas," kata beliau lagi.

Semalam, Sinar Harian Online membawa laporan memetik Dr Mahathir antara lain berkata, UMNO boleh memperkenalkan hukum hudud jika Pas bergandingan dengan parti teras Barisan Nasional (BN) itu, dengan membangunkan sebuah negara Islam.

Dr Mahathir yang juga bekas Presiden UMN0 berkata, komponen BN itu amat mengalukan-alukan penyertaan Pas jika ia berpisah dari Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, pelaksanaan hudud hanya dapat dilakukan jika Pas menyertai UMNO untuk bersama-sama membina negara dan menggubal perundangan Islam.

No comments:

Post a Comment