My Add

Saturday 18 August 2012

Laluan tol percuma pada Hari Raya pertama di lebuh raya Mex

KUALA LUMPUR, SABTU, 18 Ogos, 2012: Maju Expressway Sdn. Bhd., pengendali lebuh raya Maju Expressway (MEX) mengumumkan laluan tol percuma esok sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengguna lebuh raya tersebut.

Pengerusi Eksekutif Maju Holdings Sdn. Bhd., Tan Sri Abu Sahid Mohamed berkata, laluan tol percuma di lebuh raya Kuala Lumpur-Putrajaya itu akan bermula tengah malam ini sehingga 11.59 malam esok.

Katanya, pemberian laluan tol percuma itu bertujuan menghargai para pengguna lebuh raya Mex agar mereka dapat menyambut perayaan Aidilfitri ini dengan lancar dan selesa menuju ke destinasi masing-masing.

``Kami berharap, para pengguna sentiasa mengikut peraturan jalan raya dan memastikan kereta masing-masing sentiasa berada didalam keadaan baik,’’ katanya melalui kenyataan akhbar di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment