My Add

Thursday 9 August 2012

Insurans sehingga RM40,000 untuk anggota bomba sukarela

KUALA LUMPUR, RABU, 08 Ogos, 2012: Bermula Januari tahun depan, anggota bomba sukarela akan dilindungi insurans peribadi sehingga RM40,000.

Perkara itu dipersetujui Kabinet dalam mesyuaratnya hari ini dan diumumkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung, sebentar tadi.

Beliau berkata, di bawah skim insurans itu, anggota bomba sukarela yang meninggal dunia akan menerima pampasan berjumlah RM40,000 dan kecederaan (RM20,000).

Chee Heung berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan 'Ops Raya 2012' di sini.

No comments:

Post a Comment