My Add

Thursday 9 August 2012

Persiapan raya enam beradik musnah

TEMERLOH, RABU, 08 Ogos, 2012: Persiapan menyambut hari raya enam beradik musnah sekelip mata apabila rumah mereka di Kampung Pengkalan Jaya, Lebak di sini musnah dalam kebakaran hari ini.

Kebakaran pukul 12.45 tengah hari itu berlaku ketika pemilik rumah yang juga nenek kepada enam beradik berkenaan, Soama Mat Akil, 72, berada di halaman rumah.

Bagaimanapun, mereka bernasib baik kerana insiden itu tidak menyebabkan sebarang kehilangan nyawa walaupun empat cucu dan menantu Saoma, Nor Rashidah Mohd. Abdul, 33, berada dalam rumah ketika kejadian.

Anak Saoma iaitu Mohd. Adam Abdul Latif, 34, pula sedang bertugas di pejabatnya di Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) manakala dua lagi cucunya belum pulang dari sekolah.

Soama berkata, kejadian berlaku ketika dia sedang mencabut rumput di halaman rumah sebelum dikejutkan dengan jeritan oleh menantunya dari dalam rumah. - UTUSAN

1 comment:

  1. wan saye,..nasib baek xdew ap2,..yg belaku,..cmue selamt,.cume brng2 jew xselamat,..

    ReplyDelete