KUALA LUMPUR, KHAMIS, 16 Ogos, 2012: Jualan telefon bimbit kepada pengguna di seluruh dunia mencapai 419 juta unit pada suku kedua 2012, turun sebanyak 2.3 peratus berbanding temph sama tahun lepas.
Menurut Gartner Inc., jualan telefon pintar menyumbang 36.7 peratus daripada jumlah jualan telefon bimbit dan berkembang 42.7 peratus dalam tempoh itu.
"Bagaimanapun permintaan terhadap telefon pintar itu agak perlahan," kata penganalisis penyelidikan utama di Gartner, Anshul Gupta dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Pada suku kedua tahun 2012, jualan telefon mudah alih Samsung kekal tertinggi sebanyak 29.5 peratus daripada suku kedua 2011 dan berjaya mengatasi Apple dan Nokia berbanding tempoh sama tahun lepas.
Katanya, pertumbuhan suku ini didorong oleh jualan rekod telefon pintar Galaxy, bermakna telefon pintar kini mempunyai akaun untuk 50.4 peratus peratus daripada keseluruhan peranti mudah alih Samsung atau 45.6 juta. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment