My Add

Friday 17 August 2012

Seksyen 114A tidak harus dikaji

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 16 Ogos, 2012: Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 yang telah dibahas dan diluluskan di Parlimen tidak seharusnya dikaji semula.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, justeru dari segi perundangan, keteguhan kerajaan adalah menyokong apa yang telah didraf dan diluluskan Parlimen

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta Kabinet bincangkan hal ini. Jadi semalam Kabinet telah bincang dan memutuskan supaya keputusan kerajaan itu adalah wajar.

"Ia telah dibawa ke Parlimen dan dibahas selama empat jam. Pembangkang bahas, kerajaan pun bahas. Oleh itu, Seksyen 114A adalah seperti tertera dipinda. Seharusnya ia tak dirungkai sebab sudah cukup perbahasan (di Parlimen),'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan iklan Teksi Merdeka dan pengedaran kad ucapan Aidilfitri di Kampung Desa Pahlawan dekat sini hari ini.

Ujar Rais, mengikut prinsip, Parlimen secara rasmi telah meluluskan seksyen itu dan diwarta sebagai undang-undang.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, promosi sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini digiatkan dengan paparan iklan sambutan tersebut melalui teksi yang beroperasi di bandar-bandar seluruh negara.

Jelasnya, selain mesej tentang kemerdekaan tanah air, iklan-iklan itu turut mempromosikan aspek budi bahasa dan nilai-nilai murni.

"Kuala Lumpur menjadi lokasi pertama sebelum ia diadakan di beberapa pekan dan bandar besar ke arah memupuk kesediaan orang ramai berbudi bahasa dan mengamalkan nilai murni secara berterusan.

"Sebagai permulaan, lebih 200 teksi di ibu negara terlibat dengan kempen itu sebelum diperluaskan ke kawasan lain,'' tambahnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment