My Add

Friday 17 August 2012

Kenderaan berat dilarang guna jalan-jalan utama

KOTA BHARU, JUMAAT, 17 Ogos, 2012: Semua kenderaan berat di seluruh negara kecuali kenderaan yang membawa makanan, minyak, perubatan dan surat khabar dikenakan peraturan larangan mengunakan jalan-jalan utama sempena musim perayaan ini berkuatkuasa hari ini dan esok.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hasan berkata, larangan tersebut turut akan dikuatkuasakan sekali lagi iaitu selepas raya pada 25 dan 26 Ogos.

Katanya, peraturan tersebut telah memasuki tahun kelapan dikuatkuasakan iaitu pada setiap kali musim perayaan Aldilfitri dan Tahun Baru Cina.

Beliau berkata demikian pada pemberita selepas mengadakan tinjauan dan pemeriksaan di Terminal Bas Lembah Sireh di sini.

Menurut Solah, sebanyak 3,144 saman telah dikeluarkan pihaknya sejak Op Selamat bermula pada 12 Ogos lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment