Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata subsidi itu meliputi pengajian di dalam dan luar negara.
"Sebenarnya, pelajar di peringkat pengajian tinggi hanya menanggung kos sebanyak 10 peratus saja," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Wang Pendahuluan Pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 832 pelajar kawasan Parlimen Temerloh, di sini.
Beliau berkata, komitmen itu menunjukkan kerajaan pimpinan Barisan Nasional bersungguh-sungguh untuk memajukan bidang pendidikan bagi melahirkan lebih ramai rakyat berilmu untuk mewarisi kepimpinan negara.
"Menerusi PTPTN misalnya, kerajaan memberikan pinjaman pendidikan dan biasiswa kepada kira kira 1.94 juta pelajar pelbagai kaum membabitkan peruntukan lebih RM44 billion setakat ini," katanya. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment