My Add

Friday, 17 August 2012

;Khalid perlu jelas isu Talam

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 16 Ogos, 2012: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Penasihat Ekonomi negeri itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim didesak menjelaskan segala dakwaan yang dibuat ke atas pentadbiran kerajaan negeri berkenaan terutamanya berhubung isu Talam Corporation Bhd. (Talam).

Pengerusi Cawangan DAP Taman Sri Sungai Pelek, Tan Tuan Tat berkata, kedua-dua pemimpin tersebut dan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) seolah-olah tidak membela diri, sebaliknya hanya pemimpin DAP dilihat bersungguh-sungguh mempertahankannya.

"Pemimpin DAP dilihat berlagak seperti hero dan heroin dalam mempertahankan perkara itu tetapi memberi kenyataan yang bercanggah. Mereka seolah-olah cuba menjadi wira di mata rakyat.

"Mereka cuba menyembunyikan kebenaran sebenar berhubung isu Talam, malah, Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) pun masih berdiam diri dalam hal ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment