My Add

Friday 17 August 2012

PBS kekal setia kepada BN

PUTRAJAYA, KHAMIS, 16 Ogos, 2012: Parti Bersatu Sabah (PBS) kekal setia dalam Barisan Nasional (BN) dan tidak akan meninggalkan parti induk itu pada saat-saat akhir menjelang pilihan raya seperti yang pernah berlaku pada 1990.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili berkata, semasa menyertai semula BN pada 2002, partinya telah membuat komitmen untuk memperjuangkan kepentingan rakyat Sabah melalui BN.

"Semasa menyertai semula BN, kita telah membuat penilaian dan mendapati apa yang terbaik adalah bekerjasama dengan BN untuk membangunkan Sabah.

"Pada masa itu kita berjanji pisang tidak akan berbuah dua kali, jadi tidak perlu risau kerana PBS tidak akan meninggalkan BN buat kali kedua," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

PBS pernah keluar daripada BN pada saat-saat akhir menjelang pilihan raya negeri 1990 tetapi menyertai semula BN pada 2002. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment