My Add

Sunday 12 August 2012

Khalid, usah campuri urusan PBT, selesai segera isu Unisel

Oleh HUSSAINI AMRAN
HULU LANGAT, SABTU, 11 Ogos, 2012: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak sepatutnya campur tangan dalam urusan pengeluaran arahan pembangunan untuk Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2).

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, pengeluaran arahan pembangunan itu sebenarnya di bawah kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) yang bertanggungjawab iaitu Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

"Bagaimanapun, Abdul Khalid dalam kenyataannya baru-baru ini menyatakan sebarang kelulusan membabitkan pembangunan Langat 2 harus melalui Menteri Besar untuk persetujuan.

"Kalau ikut peraturan, kelulusan arahan pembangunan di bawah kuasa PBT. Mungkin kerana beliau seorang Menteri Besar, Khalid mahu mengawal semuanya," katanya pada sidang akhbar selepas melawat tapak projek penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment