My Add

Monday 20 August 2012

Kumpulan Hijau bimbang mengenai TPP

MELBOURNE, ISNIN, 20 Ogos, 2012: Kumpulan Hijau dari Australia, New Zealand dan Kanada bergabung menyuarakan kebimbangan mereka mengenai perundingan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPP).

Kumpulan politik berhaluan kiri itu berkata, TPP sedang dirundingkan secara tidak demokratik, demikian menurut laporan Australian Associated Press.

"Mereka percaya satu draf chapter TPP mengenai pelaburan yang tiris boleh merugikan kerajaan kita, termasuk Malaysia untuk melaksanakan tanggung jawabnya dengan berkesan."

"Mereka bimbang perjanjian itu akan menghalang akses mendapatkan perubatan, melemahkan peraturan kandungan media tempatan dan malah mengehadkan keupayaan kerajaan masa depan untuk menggubal undang-undang mengenai kesihatan awam dan alam sekitar."

"Kami percaya proses itu perlulah telus," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan hari ini.

"Perjanjian itu dirundingkan secara tertutup secara rahsia yang tidak dapat diterima langsung di dalam masyarakat demokratik."

Australia, NZ dan Kanada adalah antara 11 negara yang cuba menjadi sebahagian daripada TPP.

Negara lain ialah Brunei, Chile, Malaysia, Singapura, AS, Peru, Vietnam dan Mexico. -- BERNAMA

No comments:

Post a Comment