My Add

Monday 6 August 2012

KWSP: 224 pengarah dihalang ke luar negara

KUALA LUMPUR, ISNIN, 06 Ogos, 2012: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menghalang 224 pengarah syarikat ke luar negara dari April hingga Jun lepas kerana tidak membayar caruman bulanan pekerja mereka.

Pengurus Besar Perhubungan Awamnya, Nik Affendi Jaafar berkata, selain itu, KWSP memfailkan 238 saman sivil dan 746 kes jenayah terhadap pengarah syarikat serta majikan yang tidak membuat caruman bagi tempoh suku pertama tahun ini, selain mendenda 186 majikan berjumlah RM217,980.

"Usaha gigih penguatkuasaan KWSP telah menurunkan kadar majikan tidak mencarum kepada 1.60 peratus pada suku kedua 2012 berbanding 1.83 peratus pada suku kedua tahun sebelumnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment