My Add

Wednesday 22 August 2012

Lambakan pekerja asing, kita perlu positif

KUALA LUMPUR, SELASA, 21 Ogos, 2012: Orang ramai harus bersikap positif dan lebih terbuka ekoran berlakunya lambakan pekerja asing di ibu negara terutamanya pada musim perayaan.

Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhammad Sha'ani Abdullah berkata, ia merupakan fenomena biasa bagi golongan tersebut yang akan berkumpul di sekitar ibu kota pada musim perayaan untuk bertemu dengan sahabat mereka.

"Kita harus faham keadaan pekerja asing yang tidak mempunyai keluarga di sini, jadi mereka menggunakan kesempatan cuti umum untuk berhibur bersama kawan-kawan mereka.

"Mereka juga patut diberi kebebasan untuk bertemu dan bergaul dengan rakan senegara tambahan pula mereka mempunyai permit sah bekerja di negara ini, jadi kita tidak seharusnya bersikap negatif mengenai perkara ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment