My Add

Wednesday 8 August 2012

Lebih 1,000 pelajar Unisel jadi 'pelarian'


*SEBAHAGIAN pelajar dari Sabah yang baru tiba di Unisel tetapi tidak dapat mendaftar masuk ke asrama masing-masing di Bestari Jaya, Selangor, semalam.

Oleh FATIN AINAA FAUDZI
KUALA SELANGOR, SELASA, 07 Ogos, 2012: Lebih 1,000 pelajar Universiti Selangor (Unisel) kini hidup bagaikan 'pelarian perang' kerana mereka terpaksa tinggal di merata tempat akibat tidak diberikan kunci asrama di kampus Bestari Jaya dekat sini walaupun telah mendaftar masuk sejak seminggu lalu.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, beberapa pelajar mengaku terpaksa tidur di surau atau menumpang di bilik rakan-rakan sejak Jumaat lalu.

Seorang pelajar dari Pahang, Azzyati Norazmi, 20, mengakui, dia terpaksa 'tebal muka' dengan menumpang di bilik asrama rakannya.

"Keadaan ini memang menyusahkan. Saya gusar dengan nasib saya selepas ini kerana pelajar-pelajar senior yang berkongsi bilik dengan rakan saya dan sedang bercuti akan pulang semula untuk mendaftar minggu depan," katanya.

No comments:

Post a Comment