My Add

Friday 10 August 2012

Lelaki rentung, BMW dipandu terbakar

SHAH ALAMJUMAAT, 10 Ogos, 2012: Seorang lelaki rentung setelah kereta yang dipandunya terbabas sebelum terbakar di Kilometer 7.9 Lebuh Raya Lembah Klang (NKVE), di sini pagi ini.

Menurut jurucakap polis, dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu mangsa yang memandu kereta jenis BMW dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar penghadang jalan di laluan berkenaan.

“Kereta itu terus terbakar bersama mangsa di dalamnya. Ketika bomba tiba, mayat mangsa sudah tidak dapat dikenal pasti," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau memberitahu, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat dan tidak menolak mangsa adalah lelaki.

“Doktor mengesahkan mangsa merupakan seorang lelaki berdasarkan penemuan jam tangannya. Bagaimanapun, identiti mangsa masih tidak dapat dipastikan berikutan semua barangan peribadinya musnah," jelasnya.

Dalam pada itu, polis turut menemui cebisan nombor pendaftaran kenderaan terbabit iaitu "WVW".

Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mengetahui nombor pendaftaran kereta terbabit dan mempunyai maklumat berhubung kemalangan itu diminta menghubungi balai polis berdekatan atau Inspektor Muhammad Abdul Hafiz Sariee di talian 014-8905051 untuk membantu siasatan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment