My Add

Wednesday 8 August 2012

Manoharan minta maaf kepada Chong Wei

KUALA LUMPUR, SELASA, 07 Ogos, 2012: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan akhirnya memohon maaf kepada Datuk Lee Chong Wei kerana memperlekehkan pemain badminton nombor satu negara itu setelah diminta berbuat demikian oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini.

Ia ekoran kenyataan Kit Siang melalui laman Twitternya yang menyatakan bahawa Manoharan akan memohon maaf berikutan tindakannya memperlekehkan Chong Wei sebelum ini.

Sambil menyesali tindakannya mempersendakan kekalahan Chong Wei pada perlawanan akhir perseorangan badminton pada temasya Olimpik London kelmarin, Manoharan di laman Twitternya berkata, beliau berharap permohonan maafnya itu dapat diterima oleh Chong Wei dan keluarganya.

"Saya begitu menyesal dengan kenyataan yang dibuat dan memohon maaf dengan tulus ikhlas kepada Datuk Lee Chong Wei dan keluarganya. Saya dengan ikhlas berharap agar permohonan maaf ini akan diterima," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment