My Add

Wednesday 8 August 2012

Ambil tindakan tegas terhadap paderi gay

KUALA LUMPUR, SELAS, 07 Ogos, 2012: Kerajaan dan pihak berkuasa agama diminta untuk mengambil tindakan tegas terhadap paderi gay, Ngeo Boon Lin yang dilaporkan mengadakan majlis resepsi perkahwinan sejenisnya di negara ini.

Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kasim berkata, tindakan Boon Lin itu dilihat sengaja mahu mencabar kesucian agama Islam dan melanggar norma kehidupan rakyat negara ini.

Katanya, Boon Lin harus menghormati Islam yang diangkat sebagai agama Persekutuan dan sedar hubungan sesama jenis amat bertentangan dengan norma, budaya dan tamadun masyarakat Malaysia terutama umat Islam.

"Kalau perlu gugurkan sahaja taraf kerakyatan dia dan pihak berkuasa agama harus mengambil tindakan tegas supaya boleh dijadikan pengajaran kepada orang lain untuk lebih menghormati umat dan agama Islam di negara ini," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment