My Add

Thursday 23 August 2012

MCA Kedah konsisten dengan pendirian Pusat

*ITT Chew (kanan) pada sidang media, semalam

ALOR SETAR, KHAMIS, 23 Ogos, 2012: Pendirian MCA Kedah, khususnya melibatkan isu-isu sensitif termasuk perlaksanaan hudud di negara ini adalah seiring dengan MCA Pusat.

Pengerusinya, Datuk Chong Itt Chew berkata, pendirian MCA Kedah berkaitan hudud selari dengan kenyataan Presiden, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebelum ini, yang berkali-kali mengeluarkan kenyataan bahawa MCA tidak menyokong pelaksanaan hudud-Pas.

“Kita konsisten dengan pendirian MCA Pusat berhubung isu hudud, di mana kita menolak pelaksanaannya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, kekeliruan timbul apabila kenyataan beliau disalah tafsir berikutan kenyataannya merujuk kepada ulasan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, berkaitan kerjasama UMNO dengan Pas menghadapi PRU ke-13 pada majlis berbuka puasa di Jerlun, baru-baru ini.

“Jelas bahawa mana-mana parti politik yang ingin sertai Barisan Nasional (BN), ia mesti dibawa berbincang dalam Dewan Tertinggi BN, dan parti politik itu juga perlu mengakui perlembagaan (polisi) dilaksanakan BN,” katanya.

Itt Chew berkata, beliau sudah menghubungi Soi Lek untuk menjelaskan perkara sebenar, agar kekeliruan yang timbul tidak berpanjangan.

Selasa lalu, Sinar Harian melaporkan MCA Kedah menyokong hudud ekoran pelaksanaannya tidak melibatkan orang Islam, selain menyarankan agar Pas menyertai UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk membina sebuah negara Islam dan melaksanakan hudud.

No comments:

Post a Comment