My Add

Monday 6 August 2012

Muhyiddin kunjungi Jalan Masjid India

KUALA LUMPUR, AHAD, 05 Ogos, 2012: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkunjung ke persekitaran Jalan Masjid India, di sini dan beramah mesra dengan ribuan pengunjung yang membeli belah untuk persiapan hari raya.

Sebilangan orang ramai mengajak beliau bergambar bersama.
Muhyiddin kemudian singgah di sebuah kedai di situ untuk membeli songkok.

Pemilik kedai terbabit, Rusdi Ratham, 50, berkata Muhyiddin membeli dua songkok jenis baldu berwarna hitam setiap satu berharga RM65.

Muhyiddin menempah dua lagi masing-masing berwarna merah hati dan hijau tua untuk anaknya.

Rusdi berkata, ini adalah kehadiran TPM kali ketiga ke kedainya sejak memegang jawatan berkenaan.

Menurut Rusdi kedainya yang dibuka sejak 1950, biasanya meraih pendapatan berlipat ganda menjelang perayaan Aidilfitri. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment