My Add

Sunday 19 August 2012

Mukhriz tinjau persiapan raya

Oleh AZHARI ZAINOODDIN
KUALA LUMPUR, SABTU, 19 Ogos, 2012: Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir meluangkan masa kira-kira tiga jam meninjau suasana kesibukan orang ramai membeli persiapan terakhir sebelum menjelang Syawal.

Tinjauan yang dilakukan di sekitar Lorong Tunku Abdul Rahman, Jalan Bonus dan Jalan Masjid India itu merupakan rutin tahunan yang dilakukan anak kepada bekas Perdana Menteri itu.

Katanya, kesibukan orang ramai membeli-belah menambahkan lagi keghairahan untuk menyambut tibanya hari Lebaran.

"Telatah dan gelagat orang ramai membeli-belah ini menghidupkan lagi suasana hari raya yang bakal disambut memandangkan ia adalah kebiasaan masyarakat kita sebelum menjelang Syawal.

"Jalan-jalan sebegini pasti akan menimbulkan keseronokan tambah-tambah lagi dengan telatah para peniaga yang melucukan dalam menarik pelanggan," katanya kepada pemberita selepas berjalan dan meninjau suasana kebanjiran orang ramai membuat persiapan terakhir itu, di sini malam tadi.

Hadir sama, Pengerusi Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB), Tengku Azman Tengku Zainal Abidin.

Dalam tinjauan itu, Mukhriz juga sempat berbual, beramah dan bergurau dengan orang ramai dan peniaga di lokasi tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment