My Add

Sunday 19 August 2012

Puravalen perlu beri penjelasan

Oleh MUZDALIFAH MUSTAPHA
KUALA LUMPUR, SABTU, 18 Ogos, 2012: Peguam Razak Baginda, M. Puravalen diminta memberi penjelasan apa tujuan beliau mengadakan pertemuan dengan pengendali portal pro pembangkang, Raja Petra Kamarudin, Ahli Parlimen Subang, R.Sivarasa dan P. Balasubramaniam pada 2008.

Presiden Badan Bertindak Anti Penyelewengan Negeri Kedah, Khairul Anwar Ramli berkata, Puravelan perlu memberi penjelasan berkenaan ia menimbulkan banyak persoalan berikutan pendedahan Raja Petra baru-baru ini.

"Apa tujuan beliau mengadakan perjumpaan tersebut? Adakah ia bagi memaklumkan bahawa Razak Baginda bersalah, sedangkan beliau adalah peguam penganalisis politik itu pada 2006.

"Kita memohon Puravalen tampil memberi penjelasan mengenai perkara ini termasuk siapa yang memberitahu beliau maklumat rahsia polis berhubung penahanan Razak dan apakah motif individu berkenaan," katanya kepadaMingguan Malaysia di sini hari ini.

Baru-baru ini Raja Petra menerusi portal malaysia-today.net mendedahkan mengenai perancangan menghasilkan akuan bersumpah Balasubramaniam yang menuduh Perdana Menteri terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya yang didakwa melibatkan beberapa pemimpin pembangkang dan Puravalen.

Khairul Anwar berkata, Puravalen seharusnya bersikap profesional dan memberitahu bagaimana beliau mendapat maklumat awal polis akan menangkap dan menuduh anak guamnya atas kes pembunuhan itu seperti mana beliau berani menawarkan diri menjadi peguam bagi kes tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment