My Add

Tuesday 7 August 2012

Myanmar digesa lindungi orang awam tanpa diskriminasi

PARIS, SELASA, 07 Ogos, 2012: Perancis semalam menggesa Myanmar agar melindungi orang awam yang terdiri daripada pelbagai etnik 'tanpa bersikap diskriminasi'.

Gesaan itu dibuat ekoran laporan yang mengatakan keganasan terbaru tercetus antara penganut Buddha dan Islam Rohingya.

Jurucakap Timbalan Menteri Luar Perancis, Vincent Floreani berkata, masalah status penduduk Islam Rohingya di Rakhine perlu segera 'diselesaikan.

Menurut beliau penyelesaian itu perlu mengambil kira hak untuk mendapatkan kewarganegaraan, walau apa pun status mereka, di samping menghormati hak asasi manusia.

“Ada laporan mendakwa pasukan keselamatan menggunakan kekerasan terhadap orang awam.

“Kami menggesa pihak berkuasa Myanmar agar melindungi orang awam tanpa bersikap diskriminasi dan menyiasat kes penyalahgunaan kuasa yang dilaporkan," katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment